Isteri Tak Bekerja?
kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?
Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.
Kaunselor : isteri pula?
Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.
Kisah si isteri
Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?
Encik Zainal : Isteri saya yang sediakan sebab dia tak
kerja.
Kaunselor : Pukul berapa Isteri bangun untuk sediakan
sarapan??
Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan
keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.
Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??
Encik Zainal : isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.
Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?
Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk
memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.
Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah,
apa yang Encik Zainal lakukan?
Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat
bekerja.
Kaunselor : Apa Isteri buat?
Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan
dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia
tidak bekerja.
Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih
banyak bekerja?? Rutin seharian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga
lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak
perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah
sangat penting dan layak digelar PENGURUS RUMAHTANGGA dan Bukannya SURIRUMAH.
Lepas ni isi borg ank2 sekolah, perkerjaan ibu = PENGURUS
RUMAHTANGGA...ingat ye wahai lelaki yg bakal bergelar suami...
bangga dengan org yang jd suri rumah..terbaik
No comments:
Post a Comment